Monday, November 12, 2007

10 November

PALING istimewa apabila demo kelmarin disertai dari seluruh ceruk rantau. Hero sebenar, bukan hanya pemimpin yang berslogan dan berucap; hero sebenar kita adalah rakyat yang datang dari jauh, dari kampung-kampung dan desa. Makcik-makcik dan pakcik tua, yang turut sama berjalan berbatu-batu. Mereka hero saya! ~ HASMI HASHIM

Wednesday, October 31, 2007

Anwar Tulis Buku Pengalaman Di Penjara

Oleh FATHI ARIS OMAR, mStar online

BUKU ini dihasilkan daripada catatan diarinya di buku-buku dan helaian-helaian kertas, termasuk sewaktu dirawat di hospital ketika mengalami masalah sakit belakang. Menurut sumber, catatan tangan Anwar itu setebal "hampir satu kaki" apabila ditaip semula di sebelah halaman kertas A4.


Wednesday, August 29, 2007

Temubual Eksklusif dengan Hasmi Hashim: Bermaharajalelanya "Mahathirisma"

IKUTI temubual Ketua Bahagian Keadilan Parit Sulung, Hasmi Hashim mengulas beberapa kemelut yang bermula dengan isu "Negarakuku". Temubual tersebut boleh diukuti dalam beberapa portal, antaranya di Ummahonline dan Malaysia-today.

Wednesday, June 20, 2007

[ DAKWAT BASAH ]

Saya dengar, tapi memualkan

ARAKIAN, saya 'senang' dengan tuduhan liar itu, yang katanya, "Hasmi turun ke Ijok hanya karena dia mahu bertanding Ketua AMK!"

Saturday, June 16, 2007

Politik Gothik (Parti Keadilan) dan Tim Pencerahan

OLEH Jimadie Shah Othman (Republik Kata)

INGATLAH... 51 undi itu adalah benih. Secara retoriknya, boleh kita sebut sebagai "benih zaman". Jika mahu, Hasmi boleh memilih jadi 'berhala' untuk disembah. Tetapi berhala akan retak dimakan anai-anai. Tidak seperti idea yang punya seribu nyawa, seribu sayap. Harapnya, asas 51 itu boleh membawa kita terbang keluar daripada gothiknya politik yang sewel.

Catatan Pendek Tentang Parit Kuda

HASMI HASHIM
menulis menyentuh tragedi kematian dua beranak di kampungnya, Parit Kuda, Semerah, pada petang Jumaat lalu. Antara lain, tulisnya: saya tidak menyangka sama sekali bahawa sungai yang mengalir tenang dan melalui tepi rumah saya itu akhirnya memakan korban, walaupun sejak kecil saya sendiri selalu godak parit (mandi sungai) itu.

[ BERITA PARIT SULONG ]

Dua Beranak Mati Lemas

Dipetik daripada Berita Harian

SEORANG ibu yang cuba menyelamatkan anaknya berusia dua tahun daripada lemas di sebuah parit ketika banjir kilat di depan rumah mereka di Kampung Parit Kuda Darat, Semerah, semalam turut dibawa arus deras.